Sinar Harian: Lebih 77 peratus rakyat Malaysia tak setuju darurat: IDE

Sinar Harian: Lebih 77 peratus rakyat Malaysia tak setuju darurat: IDE

0 0

SHAH ALAM – Lebih 77 peratus rakyat Malaysia didapati tidak bersetuju sekiranya pelaksanaan darurat dilakukan di negara ini.

Berdasarkan pungutan pendapat atau ‘Rakyat Malaysia Bersuara’ yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) secara elektronik menerusi medium sebaran WhatsApp, Twitter, Facebook, Emel, laman sesawang dan Telegram yang dihubungkan kepada Sistem E-Survei IDE bermula jam 4 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi, keputusan itu diperoleh.

“Tinjauan yang melibatkan seramai 51,147 rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang itu menunjukkan sebanyak 77.39 peratus (39,587 responden) tidak bersetuju dengan pengisytiharan darurat, manakala 22.61 peratus (11,560 responden) pula menjawab setuju.

“Sementara itu, apabila soalan apakah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia diajukan, sebanyak 49.80 peratus (25,469 responden) menyatakan sokongan supaya Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, manakala 32.49 peratus (16,617 responden) mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri,” kata IDE dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Selain itu, sebanyak 17.71 peratus (9,061 responden) pula mahu Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan.

Berdasarkan analisis itu juga, IDE mendapati majoriti yang menyokong pengisytiharan darurat adalah mereka yang turut cenderung menyokong Muhyiddin untuk kekal sebagai Perdana Menteri.

“Namun begitu, mereka yang menolak darurat, lebih cenderung memilih Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Hanya 17.71 peratus yang memilih untuk pembubaran Parlimen dan bersetuju pilihan raya umum diadakan,”jelas kenyataan itu.

Menurut IDE, respons tertinggi diperoleh pihaknya antara jam 8 malam hingga 10 malam dan pihaknya membuat ‘tracking’ pungutan pendapat tersebut setiap 30 minit bagi menyemak keabsahan kemasukan data.

Terdahulu, kajian tersebut dijalankan IDE selepas media melaporkan ura-ura berkaitan polemik kerajaan mengusulkan cadangan perintah darurat disusuli pertemuan menghadap Yang di-Pertuan Agong oleh barisan Menteri Kabinet diketuai oleh Muhyiddin selaku Perdana Menteri pada Jumaat lalu.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/106861/BERITA/Politik/Lebih-77-peratus-rakyat-Malaysia-tak-setuju-darurat-IDE

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish