SIARAN MEDIA AHAD, 25 OKTOBER 2020
Rakyat Malaysia umumnya maklum pertemuan menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh barisan Menteri Kabinet diketuai oleh YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin, Perdana Menteri pada Jumaat 23 Oktober 2020. Rakyat dihujani melalui media arus perdana, media sosial dan media cetak ura-ura berkaitan polemik Kerajaan mengusulkan cadangan perintah darurat. Kenyataan media pihak Istana Negara mengesahkan pertemuan tersebut dan pemakluman pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa usul kerajaan akan dibawa ke pertemuan bersama Raja-Raja Melayu yang dijangka bakal berlangsung pada hari Ahad 25 Oktober 2020.
Susulan polemik politik yang berlaku, Institut Darul Ehsan (IDE) telah menjalankan pungutan pendapat yang dinamakan “Rakyat Malaysia Bersuara / Malaysians Speak” secara elektronik menerusi medium sebaran WhatsApp, Twitter, Facebook, Emel, laman sesawang dan Telegram yang dihubungkan kepada Sistem E-Survei IDE. Tinjauan ini melibatkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang bermula dari jam 4:00 petang hingga 12:00 tengah malam (8 jam) Sabtu, 24 Oktober 2020.
Sehingga jam 12:00 tengah malam seramai 51,147 orang responden (unique respondent) telah menyertai pungutan pendapat ini. Keputusan pungutan pendapat adalah seperti berikut:
1.Respons tertinggi diperoleh antara jam 8:00 malam hingga 10:00 malam. Pihak IDE membuat ‘tracking’ pungutan ini setiap 30 minit bagi menyemak keabsahan kemasukan data.

2. SOALAN (1): Adakah anda bersetuju dengan pengisytiharan darurat?
Ya: 22.61% (11,560 responden)
Tidak: 77.39% (39,587 responden)
3. SOALAN (2): Apakah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia?
a. TS Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri : 32.49% (16,617 responden)
b. DS Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri : 49.80% (25,469 responden)
c. Bubar Parlimen dan adakan pilihan raya umum : 17.71% (9,061 responden)
4. Berdasarkan analisis, IDE mendapati majoriti yang menyokong pengisytiharan darurat adalah mereka yang turut cenderung menyokong TS Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri. Namun begitu, mereka yang menolak darurat, lebih cenderung memilih DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
5. Hanya 17.71% yang memilih untuk pembubaran Parlimen dan bersetuju pilihan raya umum diadakan.

Does it really matter who we pick because at the end of the day what we get is more katak.
Tolong hantar pada YDPA Dan semua Raja Raja
[…] Tinjauan badan penyelidikan kerajaan Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) menunjukkan majoriti besar menolak pengisytiharan darurat. […]
DS Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.
Tidak setuju perisytiharan darurat
Asal ramai tak tahu ni. So vote ni tak sah, tak boleh buktikan ape ape pon….
Fully against declaration of emergency. Dewan Rakyat must allow a non-confidence vote so that the nation can properly be governed by a government that is popular and supported by the majority of the Rakyat. The Rakyat had voted in May 2018 and that mandate of the Rakyat should be respected in a democracy, not to be thrown out and trodden on as ‘rubbish’ by the unscrupulous few. May the Constitution, the Supreme Law of our Nation, be respected and upheld!!!
Appoint DS Anwar Ibrahim as the new PM as he did win the last election. TS Muhidin is incapable due to weak majority, too many factions, poor leadership, incompetent cabinet members and his own failing health.
[…] kajian selidik oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati pilihan terbaik yang dirasakan rakyat Malaysia adalah dengan melantik Presiden Parti […]