Malaysia Dateline: Lebih 77 peratus tanda tangan petisyen tolak darurat

Malaysia Dateline: Lebih 77 peratus tanda tangan petisyen tolak darurat

0 0

Sebanyak 77.4 peratus iaitu 39,587 daripada 51,147 responden tidak bersetuju dengan
pengisytiharan darurat mengikut pungutan pendapat Institut Darul Ehsan (IDE).

Tinjauan badan penyelidikan kerajaan Selangor itu yang diberi nama Rakyat Malaysia Bersuara/ Malaysians Speak” dibuat menerusi medium sebaran WhatsApp, Twitter, Facebook, Emel, laman sesawang dan Telegram yang dihubungkan kepada Sistem E-Survei IDE.

“Tinjauan ini melibatkan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang bermula dari jam 4:00 petang hingga 12:00 tengah malam (8 jam) Sabtu, 24 Oktober 2020.

“Respons tertinggi diperoleh antara jam 8 malam hingga 10 malam. Pihak IDE membuat ‘tracking’ pungutan ini setiap 30 minit bagi menyemak keabsahan
kemasukan data,” kata IDE.

Menjawab soalan, “Apakah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia?”, 49.8 peratus responden mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri manakala 32.5 peratus mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu, lebih 20,000 orang telah menandatangani petisyen di change.org yang memohon Majlis Raja-Raja Melayu dan kerajaan Malaysia agar tidak melaksanakan darurat ekoran bimbang psikologi dan ekonomi terjejas.

Sumber Rujukan: https://malaysiadateline.com/lebih-77-peratus-tanda-tangan-petisyen-tolak-darurat/

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish