MEMPOSISIKAN PERANAN GADIS, BELIAWANIS, WANITA DI ERA MILENIA

MEMPOSISIKAN PERANAN GADIS, BELIAWANIS, WANITA DI ERA MILENIA

0 0

Isu berkenaan seseorang penulis yang memberikan komentar berkenaan ‘Ayah Long’ telah menarik ramai perhatian dan perbincangan. Pada hemat saya, ini merupakan isu budaya dan adat masyarakat melayu zaman purba kala dan bukan hanya tertumpu kepada adat bangsa melayu sahaja.

Pada zaman dahulu, kemungkinan adat ini diterima bulat-bulat dan tidak dipertikaikan kerana masyarakat tidak jelas dengan peranan wanita. Bahkan, kebangak ruang dan tugas peranan wanita pada zaman itu masih lagi berkisar dengan hal ehwal rumah tangga.

Pada awal pembacaan saya berkenaan isu ini adalah lebih kepada merasa loya dan mual. Mengapa sehingga ke hari ini masih lagi wujud kelompok yang mendewakan lelaki. Tak sangka perempuan dulu-dulu cuma berfikir mcm mana nak jaga lelaki je. Pelik tapi tulah realiti dulu-dulu.

Namun demikian, zaman dan situasi kini telah berbeza. Peranan dan tugas gadis, beliawanis dan wanita tertakluk lebih luas dari hal rumah tangga. Belajar, bekerja malah mendominasi universiti. Wanita yang turut menceburi profesion-profesion kritikal juga semakin meningkat dan itu tidak menjadikan peranan mereka kurang diposisikan di rumah. Tetapi kaum lelaki yang belajar tinggi dan dididik dalam masyarakat sivil, pastinya mafhum dan menghormati peranan wanita.

Ibu dan bapa saya membesarkan kami adik beradik dengan didikan untuk buat semua kerja bersama-sama. Urusan kendiri seperti memasak, mengemas dan mengurus diri adalah tanggungjawab masing-masing. Adik lelaki diajar masak dan diajar oleh mak. Urusan peribadi bukan diselesaikan oleh adik- beradik perempuan yang lain. Yang paling mustahak adalah pendidikan untuk lelaki dan perempuan.

Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui bahawa islam sangat merincikan tugas mendidik anak lelaki dan anak perempuan dari kecil. Di dalam buku Parent-Child Relations ada menyebutkan “To raise righteous, successful children and ultimately good citizens, Muslim need to change the authoritarian and oppressive styles of parenting currently in vogue in their countries and seriously reform their parenting practices.”

Justeru, tugas mendidik anak-anak dan memposisian peranan perlu bermula daripada sekarang. Bermula dengan didikan dari dapur, bilik tidur sehinggalah ke lapangan masyarakat.

Nur Afifah Binti Zainuddin
Ahli Parlimen Belia Malaysia (Selangor) / Exco Generasi Muda (Pemberdayaan Belia & Komuniti)

Eksekutif (Program)
Institut Darul Ehsan

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish