FORUM DEMOKRASI (WEBINAR)

FORUM DEMOKRASI (WEBINAR)

0 0

FORUM DEMOKRASI (Webinar) – Demokrasi Malaysia Pasca Pandemik COVID-19: Cabaran dan Harapan

Pada 11 Mei 2020, Institut Darul Ehsan sekali lagi telah mengadakan Forum Webinar dan kali ini, forum ini bertemakan isu demokrasi yang bertajuk ‘Demokrasi Malaysia Pasca Pandemik Covid-19 : Cabaran dan Harapan’.

Forum ini telah dipergerusikan oleh Prof. Madya Dr. Hamdan yang merupakan Pengarah Institut Kajian Pilihanraya dan Pemajuan Demokras (IESAD) di Unisel dan disertai oleh 4 panelis yang hebat-hebat iaitu Ahli Parlimen Kangar YB Tuan Noor Amin Ahmad, Ahli Dewan Negara YB Senator Tuan Liew Chin Tong, Pensyarah di Fakulti Undang-Undang UKM Prof. Datin Dr. Faridah Jalil dan Ahli Dewan Negara YB Senator Puan Aiman Athirah.

Pelbagai persoalan ditimbulkan. Untuk soalan pertama, moderator meminta YB Tuan Noor Amin Ahmad menceritakan serba sedikit mengenai sejarah demokrasi dan isu-isu terkait dengan apa yang berlaku pasca Covid-19. Seterusnya, Prof. Datin Dr. Faridah Jalil telah ditanya mengenai pandangan beliau berkenaan cabaran yang tercetus akibat pandemik Covid-19 bukan sahaja dari sudut demokrasi bahkan dari sudut-sudut yang lain

YB Senator Puan Aiman Athirah pula menerangkan mengenai masa depan demokrasi di Malaysia selepas pasca Covid-19 sama ada ia akan menjadi holistik atau sebagainya. Kemudian, perbincangan diteruskan kepada YB Senator Tuan Liew Chin Tong selaku panel ke-4 dalam membincangkan penglibatan masyarakat dalam proses politik khususnya dalam isu intergriti dan kehidupan. Beliau juga ditanya mengenai pandangan beliau berkenaan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan demokrasi yang holistik.

Forum ini dimulakan dengan ucapan kata-kata pengantar yang disampai oleh Ahli Dewan Negara Yb Senator Tuan Haji Ismail Yusop. YB Senator memulakan ucapan beliau dengan menegaskan bahawa prinsip demokrasi dan raja berpelembagaan merupakan prinsip pembinaan bangsa dan negara Malaysia. Baru-baru ini, berlaku peralihan kuasa kerajaan yang mana peralihan berlaku bukan berdasarkan kuasa pilihan raya tetapi mengunakan kuasa legislatif  yang diberikan kepada 222 ahli parlimen. Semestinya, peristiwa ini akan menjadi kajian kes baharu bagi prinsip demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.

YB Senator juga menzahirkan kegusarannya mengenai penglibatan yang sangat minima daripada pihak-pihak lain terutama masyarakat sivil dalam semua ‘decision making’ ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) ini. Hal ini kerana semua ‘decision making’ hanya tertumpu kepada kerajaan yang memerintah dan nara sumber mereka ialah KKM, MKN dan Kabinet. Sedangkan, keputusan-keputusan yang dibuat tetap mempunyai ruang untuk diperbaiki dan perkara ini terbukti apabila berlaku pencanggahan pendapat kerajaan persekutuan dan keputusan kerajaan negeri dalam hal berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

YB Senator mengakhiri ucapan beliau dengan mengatakan bahawa Malaysia akan menghadapi suatu norma yang baharu selepas pasca Covid-19 ini. Selepas ini, terdapat banyak perkara akan menjadi samar-samar iaitu ‘yang pasti adalah tidak pasti’ sama ada kita tahu atau tidak tahu. Jadi, Institut Darul Ehsan melihat krisis ini sebagai peluang untuk membuka ruang-ruang baharu lebih-lebih lagi dalam mentakrifkan kembali proses demokrasi di Malaysia ini.

Kemudian, forum ini diakhiri dengan ucapan yang diberikan oleh Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman sebagai timbalan pengerusi IDE. Prof merasakan bahawa forum yang diadakan pada hari ini merupakan satu forum yang baik kerana ia bertepatan dengan keperihatinan rakyat pada waktu ini.

Prof Redzuan menyatakan persetujuan beliau kepada pendapat yang dikemukakan oleh Prof Datin Dr Faridah Jalil berkaitan dengan situasi kuarintin kita sekarang ini, adakah demokrasi juga perlu dikuarintinkan. Sedangakan, demokrasi ini merupakan tumpuan kita sekarang ini lebih-lebih lagi apabila kita mengetahui persidangan parlimen kita ini akan diadakan sangat singkat dan keraguan kita terhadap keputusan yang dibuat, adakah ia berdasarkan keputusan parlimen atau individu? Cuma, Prof menimbulkan sedikit percanggahan pendapat dalam isu pemilihan perdana menteri berdasarkan keputusan wakil rakyat kerana konteks politik di Malaysia berlaku sedikit perbezaan. Wakil rakyat yang bertanding adalah berdasarkan parti dan bukan berdasarkan individu.

Prof Redzuan juga tertarik dengan pendapat yang diajukan oleh YB Senator Aiman Athirah mengenai sepanjang pandemik Covid-19 ini, amalan demokrasi di Malaysia akan bertambah disempitkan kerana kita lebih tertumpu kepada permasalahan pandemik Covid-19 ini.

Prof Redzuan juga mengetengahkan pebincangan YB Senator Tuan Liew Chin Tong berkenaan penularan Covid-19 ini menyerlahkan lagi revolusi industri 4.0. Sepanjang pkp ini, kita dapati ramai daripada kita mengunakan dunia maya sepenuhnya sebagai medium komunikasi bagi melontarkan idea-idea baharu dan walaupun secara fizikal, kita terlihat terkurung tetapi pemikiran kita sentiasa berkembang dengan kewujudan banyak perbincangan secara subur di alam maya. Wacana-wacana ini akan melahirkan suatu masyarakat yang sihat.

Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman mengakhiri ucapan beliau dengan menzahirkan keyakinan beliau mengenai kita pasti boleh menghadapi cabaran-cabaran yang berlaku kerana walaupun terdapat banyak cabaran yang dihadapi pasca Covid-19 ini, tetapi sejarah telah membuktikan kita telah mengahadapi zaman-zaman sukar tersebut dan berjaya mengatasinya dengan pengalaman dan kematangan.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish