SELAYANG KHABAR DARI BORNEO

SELAYANG KHABAR DARI BORNEO

0 0

Oleh : Aidil Nizam

Pada 2 Mei 2020, Institut Darul Ehsan sekali lagi mengadakan sebuah perbincangan yang begitu bermakna pasca Covid19 berkaitan dengan perkembangan yang berlaku di negeri kepulauan Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Program bual bicara Fakta & Analisis yang dipengerusikan oleh saudara Hanif Ahmad ini disertai oleh dua orang panel iaitu koordinator FAME cawangan Sarawak, Puan Adillah Ismail dan koordinator FAME cawangan Sabah, Puan Nurhamiezrah Midin.

Puan Adillah memulakan bicara beliau dengan menyatakan bahawa situasi di Sarawak berbeza mengikut kawasan. Beliau menyatakan bahawa terdapat beberapa kawasan di pendalaman, pelaksanaan PKP di sana agak longgar dan kita boleh dapati anak-anak kampung bebas bermain di luar rumah. Berbanding kawasan bandar seperti Kuching, kita akan dapati kenderaan tidak banyak di jalan raya dan petugas barisan hadapan berjaya mengawal keadaan serta mudah memberikan kerjasama.

Di Sarawak khususnya di Kuching dan Samarahan, ramai pihak bekerjasama dalam pengagihan sumbangan barangan dapur seperti MRA, Yayasan Salam Malaysia, Sukarelawan Jalanan dan Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Kuching.

“Masjid-masjid juga aktif dalam membuat agihan dan penduduk kampung boleh datang ke masjid untuk mengambil bekalan”

Puan Adillah bersama beberapa rakan beliau juga sering bertanya khabar dengan jururawat di klinik Samarahan dan hospital Kuching serta bertanya mengenai barangan keperluan yang mereka perlukan.

Di Sabah pula, Puan Nurhamiezah menyatakan bahawa kawalan pihak berkuasa sememangnya ketat. Contohnya di Kota Belut, jika ada penduduk yang ingin pergi ke pekan, penduduk tersebut hendaklah meninggalkan kad pengenalan mereka di balai polis dan apabila sudah pulang, baru boleh mengambil semula kad pengenalan tersebut.

Beliau juga menyatakan sememangnya pengagihan barangan keperluan di Sabah meriah. Seperti di Sarawak, ramai pihak memberikan bantuan di Sabah seperti Majlis Belia Sabah, FAME, Tarbiatun Nisa’, Borneo Comrade dan MRA.

Beliau, secara peribadi, menyertai aktiviti helwa ABIM Sabah. Antara projek yang baru diselesaikan ialah sumbangan sanitary kid bagi pesakit-pesakit Covid19 di Hospital Queen Elizabeth 1.

“Sumbangan tersebut juga diberikan kepada frontliners kerana kami mendapat maklumat bahawa terdapat frontliners yang terpaksa bermalam di hospital dan memerlukan sanitary kid

Terdapat juga beberapa pihak seperti sahabat Puan Nurhamiezah sendiri, Dr Puteri yang menyediakan perkhidmatan klinik bergerak untuk masuk ke kampung-kampung bagi membuat saringan dan pemeriksaan kesihatan. Katanya lagi, terdapat juga syarikat sewa kenderaan yang menyediakan khidmat kenderaan kepada mereka yang tidak mempunyai kenderaan secara percuma.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish