COVID 19, PKP & RAMADHAN – PERANAN BAPA MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

COVID 19, PKP & RAMADHAN – PERANAN BAPA MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

0 0

Oleh : Aidil Nizam

Institut Darul Ehsan, 26 April 2020 – Bapa memainkan peranan yang besar dalam mewujudkan sebuah keluarga bahagia ketika penularan Covid19 dan pelaksanaan PKP ketika bulan ramadhan ini.

Sehubungan itu, Presiden Family Empowerment (FAME), Prof Madya Dr Haslinda Abdullah berkata penularan Covid 19 ini merupakan waktu yang sesuai untuk para bapa menyusun semula peranan mereka dalam sistem pendidikan sebuah keluarga.

“Saya beranggapan bahawa sistem pendidikan keluarga akan berlaku perubahan dengan harapan bapa-bapa yang telah dikuarintinkan selama 38 hari ini sedar tentang peranan mereka.

“Mereka seharusnya re-align pemikiran mereka dan ready dalam menerima bahawa mereka seharusnya perlu berubah.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam program bual bicara Fakta & Analisis bersama Institut Darul Ehsan (IDE).

Ketika ditanya mengenai cara keluarga menghadapi norma baharu ini, beliau menegaskan terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti dan diamalkan.

“Dalam sebuah keluarga, kita seharusnya memikirkan perasaan orang lain dan sebagainya serta apabila kita berbuat sesuatu, kita perlu membuat secara berjemaah.

“Setiap keputusan kita haruslah mendapat persetujuan bersama dan dalam mendapani norma baharu ini, dalam waktu kita cuba memahami perasaan kita sendiri, kita juga harus memahami perasaan orang yang berada di sekitar kita.

“Kita juga harus bersifat kreatif kerana sebelum ini, mungkin kita selalu mengharapkan kepada orang lain untuk mendidik anak dan sebagainya tapi dalam mengdepani norma baharu ini, kita sendiri yang perlu kreatif.

“Jangan pula kita terlalu sibuk berhubung secara maya seperti menggunakan Zoom dan sebagainya tetapi kita juga perlu berhubung dengan ahli keluarga kita.

“Berkomunikasi bukan sahaja bermaksud kita bercakap secara langsung bahkan berkomunikasi itu mempunyai banyak cara. Tugas kita untuk menentukan cara kita berkomunikasi dengan mereka” katanya, semalam.

Sementara itu, dalam temu bual yang sama, pensyarah di National University of Singapore, Prof Madya Dr Khairuddin Al-Juneid mengingatkan bahawa akibat peningkatan ketagihan penggunaan gejet dan internet ketika penularan Covid 19 ini, bapa perlu memainkan peranan mereka dalam keluarga .

“Kajian di Amerika Syarikat, di Eropah malah di seluruh dunia menunjukkan bahawa ramai manusia mengalami depresi kerana penggunaan gejet yang melampau. Perkara ini merupakan sebuah ketagihan dan susah untuk dilepaskan.

“Jadi, bapa harus memainkan peranan untuk menunjukan kepada anak-anak bahawa gajet dan dunia digital bukan segala-galanya.

“Jangan bapa pula yang selalu menggunakan gajet seperti setiap hari menggunakan Whatsapp dan Zoom.

Beliau juga menegaskan antara kesan lain dalam ketagihan internet ketika penularan Covid 19 ini ialah peningkatan penderaan domestik dalam kalangan keluarga.

“Antara sebabnya ialah bapa-bapa terlalu ketagih dengan peranti masing-masing dan apabila diganggu oleh anak-anak, gangguan-gangguan itu mendatangkan kemarahan mereka.

“Para bapa yang seharusnya mengadakan satu sistem di rumah yang mana pada waktu tertentu, penggunaan gajet dan peranti perlu dihentikan”katanya.

Oleh yang demikian, Dr Khariruddin berkata, persediaan dalam menghadapai masalah yang timbul dalam keluarga ketika penularan Covid 19 ini perlu diambil perhatian terutama bapa.

“Waktu ini merupakan satu peluang keemasan untuk bapa memainkan peranan yang lebih penting dalam mencorak etika dan cara pengendalian keluarga tersebut.

“Bapa haruskan memainkan peranan dalam mendisiplinkan anak-anak dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak dan isteri mereka” katanya ketika ditemubual, semalam.

Program Bual Bicara Fakta & Analisis ini diadakan pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu dipengerusikan oleh saudara Hanif Ahmad sepanjang pelaksanaan PKP ini bagi mebincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Covid 19 di Malaysia.

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish