Oleh : Aidil Nizam
Institut Darul Ehsan, 18 April 2020 – Pengambilan Ubat secara atas talian semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) merupakan kaedah yang tidak boleh dipercayai dan sangat berbahaya.
Pensyarah di Jabatan Amalan Farmasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Nor Ilyani Mohamed Nazar berkata, kaedah ini sangat berbahaya kerana para pembeli tidak mengetahui mengenai status preskripsi ubat-ubatan tersebut.
“Apabila membeli ubat di atas talian, siapa yang boleh memastikan bahawa ubat tersebut merupakan ubat yang kita perlukan?.
“Kita juga tidak boleh memastikan pengilang kepada ubat-ubat tersebut dan siapa yang akan bertanggungajawab jika berlaku sesuatu kepada pesakit tersebut?”
Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam program bual bicara Fakta & Analisis bersama Institut Darul Ehsan (IDE).
Beliau juga menyatakan punca berlaku pembelian atas talian ini adalah disebabkan daripada kesukaran orang ramai untuk pergi ke hospital, klinik dan farmasi untuk membeli ubat-ubatan semasa pelaksanaan PKP ini.
“Akan tetapi, kerajaan telah menyediakan sebuah nilai tambah iaitu menyediakan perkhidmatan penghataran ubat-ubatan menggunakan khidmat pos.
“Pembeli hanya perlu berusan dengan farmasi yang terlibat dan Pos Malaysia.
“Terdapat juga premis-premis farmasi yang menyediakan khidmat penghantaran ubat-ubatan ini kepada pesakit-pesakit yang memerlukan,” katanya.
Beliau juga kesal terhadap sebilangan pesakit-pesakit terutama pesakit yang menghidap penyakit kronik kerana tidak mengambil ubat-ubatan secara berterusan.
“Perkara ini merupakan perkara yang sangat menyedihkan kerana pihak kerajaan telah mengeluarkan dana yang sangat besar untuk ubat-ubatan ini serta ubat-ubatan tersebut diberi secara percuma kepada rakyat.
“Bagi pesakit-pesakit kronik yang tidak mengambil ubat-ubatan ini secara berterusan, berkemungkinan ia akan mendatangkan komplikasi yang lebih teruk seperti komplikasi mata dan buah pinggang bagi pesakit yang mengidap diabetis” katanya ketika ditemubual, sabtu lalu.
Program Bual Bicara Fakta & Analisis ini diadakan pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu dipengerusikan oleh saudara Hanif Ahmad sepanjang pelaksanaan PKP ini bagi mebincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Covid 19 di Malaysia.
Average Rating