


Shah Alam, 13 Februari 2020 – Institut Darul Ehsan (IDE) dengan kerjasama Sasakawa Peace Foundation, The Habibie Center (THC) dan Universiti Selangor (UNISEL) telah menganjurkan Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020.




Persidangan ini telah berlangsung di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam dengan penyertaan lebih 300 orang dalam kalangan 100 peserta antarabangsa dan 200 peserta lokal. Peserta antarabangsa terdiri daripada negera Indonesia, Thailand, Kemboja, Singapura, Vietnam dan Filipina.



Persidangan ini telah dirasmikan sesi Penutupnya oleh YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Binti Dr Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.




Ucaptama bagi Persidangan ini juga telah disampaikan oleh Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil, Pengerusi IDE, YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tn Hj Ahmad Azam Ab Rahman, Commissioner for Independent Permanent Human Rights Commission (IPHRC) of the Organisation of Islamic Cooperation (OIC)




Antara sesi yang dijalankan dalam persidangan ini ialah Forum Pembentangan serta Bengkel-bengkel mengikut tema Peaceful Coexistence dalam konteks Ekonomi, Sosial & Identiti, Pendidikan dan Politik.




#PeacefulCoexistence #HidupDamai #SPF #IDE #THC #UNISEL #DamaiBersama


Average Rating