Untuk membina generasi yang unggul, berotak dan berwatak, sistem pendidikan kita memerlukan pemugaran idealisme “orang budiman”, konsep manusia unggul dalam peradaban Melayu.
“Orang budiman” adalah sebuah konsep yang kuat dan padat dengan nilai-nilai keunggulan watak: berilmu dan berakhlak, beragama dan bersusila, bijaksana dan prihatin.
Yang tersirat di sebalik kata “orang budiman” adalah watak yang utuh dan seimbang. Memang, orang Melayu memiliki kesedaran yang tinggi tentang keutuhan dan keseimbangan.
Average Rating