SIARAN MEDIA INSTITUT DARUL EHSAN (IDE) 12 SEPTEMBER 2019 SOKONGAN PAS MEROSOT DI SELANGOR

SIARAN MEDIA INSTITUT DARUL EHSAN (IDE) 12 SEPTEMBER 2019 SOKONGAN PAS MEROSOT DI SELANGOR

0 0

Sokongan terhadap Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di Selangor merosot kepada 8% berbanding dengan undi popular yang diperoleh parti tersebut dalam PRU-14 pada Mei 2018 iaitu 15%. Penemuan ini adalah hasil Survei terakhir IDE yang diadakan pada 12-14 Julai 2019 yang lalu. Selain Survei yang dijalankan ini, IDE juga menjalankan beberapa siri penelitian lapangan sepanjang bulan Ogos dan September 2019 bagi meneliti trend ini bukan sahaja di Selangor tetapi di seluruh negara .

Kemerosotan hampir 7% yang dialami oleh PAS ini tidak bermakna pengundi telah membuat keputusan mengalihkan sokongan mereka kepada Pakatan Harapan (PH) atau UMNO. Senario semasa menunjukkan mereka lebih cenderung memerhati perkembangan semasa dalam menentukan sokongan politik masing-masing seterusnya. Kajian juga menunjukkan sokongan ke atas PH dan Barisan Nasional adalah stabil sepertimana yang diberikan oleh pengundi pada PRU yang lalu.

Survei IDE sebelum PRU 14, mendapati sokongan PAS di Selangor adalah sekitar 12% dan sokongan ini melonjak kepada 15% ketika pilihan raya diadakan pada 9 Mei 2019. Namun begitu, kemerosotan sokongan hampir 8% yang dialami oleh PAS dalam kajian terakhir yang dilakukan IDE mempunyai kaitan dengan sikap penyokong dan pengundi Pas yang mengundi parti tersebut dalam PRU lalu. PAS kini hanya berjaya mengekalkan sokongan pada dalam kalangan kategori ahli-ahli tegar sedangkan sokongan mereka dalam kategori penyokong dan kategori pengundi PAS dalam PRU yang lalu mula menukar sikap terhadap parti tersebut.

Wujud tiga kategori kecenderungan dan sokongan terhadap PAS. Mereka ini dikategorikan sebagai ahli PAS, kategori penyokong PAS dan kategori pengundi PAS. Ahli PAS merujuk kepada mereka yang akan terus menerus menyokong parti tersebut dalam apa jua keadaan. Kedua, penyokong PAS iaitu mereka yang bukan ahli PAS tetapi cenderung penyokong idealisme dan perjuangan parti tersebut; ketiga, ialah mereka bukan ahli PAS atau penyokong parti tersebut tetapi mereka mengundi PAS kerana sebab-sebab tersendiri atau tertarik dengan tawaran alternatif yang dikemukakan oleh parti tersebut.

Data-data yang dibentangkan ini adalah sebahagian daripada dapatan berdasarkan Survei Persepsi Rakyat Selangor 2019: Mood Rakyat #Moodofthenation yang dijalankan oleh IDE selama 3 hari pada 12-14 Julai 2019, melibatkan seluruh kawasan 56 DUN Negeri Selangor melibatkan 2,851 orang responden

IDE telah menjalankan survei persepsi rakyat telah dijalankan secara berkala sejak 2016 secara temuduga bersemuka oleh enumerator terlatih. IDE menggunakan inovasi terkini dalam penyelidikan ini dengan menggunakan tablet dan aplikasi IDE e-survey yang dibangunkan sendiri oleh IDE. Inovasi ini membolehkan profil sampel responden, lokasi enumerator dan tugasan mereka dipantau secara ‘real time’ di bilik operasi IDE bagi memastikan ketepatan survei berdasarkan profil responden yang telah ditetapkan.

Responden adalah terdiri daripada pelbagai kaum melibatkan Melayu, Cina dan India serta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal, taraf pendidikan dan lain-lain. Selain daripada survei yang dijalankan, IDE juga mengadakan temuduga berkelompok dengan pelbagai kelompok bagi menentukan keabsahan dapatan.

Sehingga kini survei yang dilakukan melibatkan jumlah kumulatif responden seramai 75,614 orang melibatkan 63 survei yang telah dijalankan hingga kini. Survei melibatkan 52 orang enumerator yang terdiri pelajar IPTA dan IPTS sekitar Lembah Klang. Pemilihan responden dipilih secara rawak (random sampling) dengan soalan kaji selidik berstruktur menggunakan inovasi apps IDE e Survei dan tablet. Ralat kesilapan 2% pada 95% tahap keyakinan.

Khairul Arifin Mohd Munir
Pengurus Kanan Penyelidikan
INSTITUT DARUL EHSAN
ide@ideselangor.com

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

en_GBEnglish